saya tidak mengerti kenapa bola itu rupanya bulat.
kenapa tidak hexagon atau pentagon.
oh.abaikan segala itu.
tapi bagi si maestro sastera Andrea Hirata
kenapa tidak hexagon atau pentagon.
oh.abaikan segala itu.
tapi bagi si maestro sastera Andrea Hirata
"Jika ada satu hal yang sangat menakjubkan di dunia ini selain cinta ,bola sepak."
Pre perlawanan Kelantan melawan JDT malam esok, kobaran semangat semakin kemuncak.Lalu rasa ingin di nukilkan sesuatu di dinding rumah ini.Di tengah kecamuknya isu Matyo , ini satu pelung yang baik bagi Kelantan mengambil peluang di tengah kekalahan mental ayam tambatan JDT ini .Jika tidak banyak , saya yakin sedikit._ owh , ramalan sekadar rasa "perempuan gila bola" bukan kerana bola sepak itu bulat , akan tetapi kerana rohnya bola sepak iaitu Patriotisme.
Perempuan gila bola?
Kelibat gender ini , semakin menghiasi stadium - stadium , komen2 berkenaan dengan bola dan persembahan pasukan , perempuan tiada ketinggalan.Aha!, bagi saya , bola di hati saya ialah bagaimana tafsiran akal saya menterjemah yang ia ialah permainan maruah , kerana di sini , sesebuah negeri / pasukan
( baca dalam konteks Malaysia ) menggempur lawan dari negeri yang lain dengan sangat bebas dan merdeka.Disini , pasukan/pemain dapat menggempur negeri maju , negeri yang boleh membeli pemain dengan harga jutaan yang mana negeri yang dikatakan mundur ini selalu di anak tirikan dalam apa jua perkara.Royalti yang di nafikan , fitnah dan tuduhan kepada rakyat dan pemimpinnya , berita yang selalu jahat berkenaan dengannya.Disinilah , para pemain menyampaikan rasa hati kami!
Perlawanan berakhir , dengan kemenangan ..ah!, puas.
disini 2x45 minit permainan kami tetap benar.
Perempuan Gila Bola?
Pernah saya keperalawanan Final Piala FA tahun lampau bersama teman kegilaan Pachah , Kelantan FA menentang Sime Darby dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan dengan jumlah Score 1-0 .walaupun , ada yang mencemuh , tetapi ...
bagi saya ia ialah kepuasan.Walaupun di kelas ekonomi , jauh di belakang , dengan pemain halus- halus saja di pandangan, akan tetapi ia sebuah konsert, dengan pemain sebagai pemain muzik , para penyokong sebagai suara latar.
Trompet yang membingitkan mercun yang kadang kala melompat.Bendera raksasa yang berkibar itu psikologi, lagu dan gaya kumpulan pemberi semangat itu seni, orang yang duduk di tempat VIP berbumbung itu politik.Pemain yang menunduk berdoa itu agama, ratusan muncung yang membidik itu sejarah, ayah yang membawa anak nya bersama ialah cinta.Para penyokong yang beratur panjang yang bersesakan membeli koin train itu PATRIOTISME.
Termasuklah saya.
Bola sepak mempunyai 1001 wajah untuk dditatap dengan 1001 wajah yang pula
10 peratus kerana bola itu bulat , 90 peratus kerana PATRIOTISME.
Disitu saya membaca BOLA di jiwa saya
**
Lagu dikir warrior manjadi halwa telinga musim ini..
Besok , bertandang ke Karangkraf , Shahalam bersama- sama lautan manusia berdialek Kelantan menyaksikan mozek- mozek sejarah terukir lagi ~
