Friday, September 27, 2013

Bukan hanya kerana bulatnya bola..

saya tidak mengerti kenapa bola itu rupanya bulat.

kenapa tidak hexagon atau pentagon.

oh.abaikan segala itu.

tapi bagi si maestro sastera Andrea Hirata

 "Jika ada satu hal yang sangat menakjubkan di dunia ini selain cinta ,bola sepak."

Pre perlawanan  Kelantan melawan JDT malam esok, kobaran semangat semakin kemuncak.Lalu rasa ingin di nukilkan sesuatu di dinding rumah ini.Di tengah kecamuknya isu Matyo , ini satu pelung yang baik bagi Kelantan mengambil peluang di tengah kekalahan mental ayam tambatan JDT ini .Jika tidak banyak , saya yakin sedikit._ owh , ramalan sekadar rasa "perempuan gila bola" bukan kerana bola sepak itu bulat , akan tetapi kerana rohnya bola sepak iaitu Patriotisme.

Perempuan gila bola?
Kelibat gender ini , semakin menghiasi stadium - stadium , komen2 berkenaan dengan bola dan persembahan pasukan , perempuan tiada ketinggalan.Aha!, bagi saya , bola di hati saya ialah bagaimana tafsiran akal saya menterjemah yang ia ialah permainan maruah , kerana di sini , sesebuah negeri / pasukan 
( baca dalam konteks Malaysia ) menggempur lawan dari negeri yang lain dengan sangat bebas dan merdeka.Disini , pasukan/pemain dapat menggempur negeri maju , negeri yang boleh membeli pemain dengan harga jutaan yang mana negeri yang dikatakan mundur ini selalu di anak tirikan dalam apa jua perkara.Royalti yang di nafikan , fitnah dan tuduhan kepada rakyat dan pemimpinnya , berita yang selalu jahat berkenaan dengannya.Disinilah , para pemain menyampaikan rasa hati kami!

Perlawanan berakhir , dengan kemenangan ..ah!, puas.
disini 2x45 minit permainan kami tetap benar.

Perempuan Gila Bola?

Pernah saya keperalawanan  Final Piala FA tahun lampau bersama teman kegilaan Pachah , Kelantan FA menentang Sime Darby dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan dengan jumlah Score 1-0 .walaupun , ada yang mencemuh , tetapi ...
bagi saya ia ialah kepuasan.Walaupun di kelas ekonomi , jauh di belakang , dengan pemain halus- halus saja di pandangan, akan tetapi ia sebuah konsert, dengan pemain sebagai pemain muzik , para penyokong sebagai suara latar.

Trompet  yang membingitkan mercun yang kadang kala melompat.Bendera raksasa yang berkibar itu psikologi, lagu dan gaya kumpulan pemberi semangat itu seni, orang yang duduk di tempat VIP berbumbung itu politik.Pemain yang menunduk berdoa itu agama, ratusan muncung yang membidik itu sejarah, ayah yang membawa anak nya bersama ialah cinta.Para penyokong yang beratur  panjang yang bersesakan membeli koin train itu PATRIOTISME.

Termasuklah saya.

Bola sepak mempunyai 1001 wajah untuk dditatap dengan 1001 wajah yang pula

10 peratus kerana bola itu bulat , 90 peratus kerana PATRIOTISME.

Disitu saya membaca BOLA di jiwa saya 

**

Lagu dikir warrior manjadi halwa telinga musim ini..

Besok , bertandang ke Karangkraf , Shahalam bersama- sama lautan manusia berdialek Kelantan menyaksikan mozek- mozek sejarah terukir lagi ~


Tuesday, July 23, 2013

Ghuraba '



Selalu saya katakan pada diri saya

" kamu orang asing "

" jadilah kamu sang ghuraba' "

" kun ghareeban! " 
agar sentiasa kamu merasa tidak cukup dengan apa yang kamu ada, menjadikan kamu sentiasa membuat pembaikan dalam apa jua hal kamu

Maka , kamu akan terus dan terus belajar dari hidupmu.

Move forward!

Aku rindu zaman itu....


Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan,
bukan sekadar sambilan apalagi hiburan.

Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajipan,
bukan pilihan apalagi bebanan dan paksaan.

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan
bukan sekadar pelengkap pengisian program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan
bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan
bukan tuntutan ,hujatan atau obyekan

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su'u dzan atau menjatuhkan

Aku rindu zaman ketika kita semua
memberi segalanya untuk dakwah ini

Aku rinduzaman ketika nasyid ghuraba,
menjadi lagu kebangsaan..

Aku rindu zaman itu ketika nasyid sunnah Orang berjuang,
menjadi siulan semua.

Aku rindu zaman ketika hadir liqa adalah kerinduan,
dan terlambat adalah kelalaian.

Aku rindu ketika malam gerimis
pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan wang yang cukup - cukup
dan peta yang tak jelas.

Aku rindu ketika seorang Ikhwah
benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da'wah di desa sebelah.

Aku rindu zaman itu ketika syiling tabungan,
menjadi gadaian untuk sebuah tiket demi sebuah ukhwah.

Aku rindu zaman ketika pergi liqo
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan,
dan qur'an terjemah di tambah sedikit hafalan.

Aku rindu ketika binaan menangis,
kerana tida bisa hadir usrah.

Aku rindu zaman itu ketika mempertahankan mad'u
menangis teresak tiada di hirau.

Aku rindu ketika tengah malam pintiu diketuk,
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinnya.

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah,
berangka liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya.

Aku rindu zaman ketika seorang murabbi
sakit dan harus dirawat
para binaan mengumpulkan wang dana seadanya.

Aku rindu zaman itu..

Ya Rabb
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati - hati kami

Ya Rabb..
Berikanlah kami keistiqamahan di jalan dakwah ini..

Dan aku peling rindukan
pokok Semarak api itu , dan segala isinya....






Saturday, July 20, 2013

Kunci hilang.Post Pemanas

Ramadhan Kareem

Sudah lama kunci itu hilang , hilang dari ingatan , hilang dari pencaindera.Yang ada hanya sekarang ialah kunci buroq kegemaran JJH 4742 , kunci rumah ecah supiya , kunci grill rumah adinda qillah.Tapi kunci tu kemana?.Adakah memang dia sukar untuk di ingati kemana letaknya , atau memang saya semakin geront day by day

* gambar  sebenar : a bunch of key is watching by my yellow angry bird.


Saya sudah menggaji  seekor burung upahan untuk memerhatikan kunci- kunci itu kerana kunci kepada rumah lama saya telah hilang dan saya serik untuk hilang lagi..dan jadilah dia tidak lebih dari monumen sejarah.

Jemput la menjemput ya datang ya?,